LEDAKAN ILMU BERMULA DI SINI

Khamis, 13 November 2014

Anugerah NILAM 2013


Majlis dirasmikan oleh Puan Norhazian Binti Haji Yusuf, Penolong Kanan SMK Shahbandaraya. Penyampaian sijil dan anugerah disempurnakan oleh Puan Rasidah Binti Putih, Penolong Kanan Petang SMK Shahbandaraya 2013.



Puan Rasidah Binti Putih menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengawas Pusat Sumber SMK Shahbandaraya 2013

Tokoh Nilam 2013

Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Bahasa


Sempena Bulan Bahasa di SMK Shahbandaraya, Pusat Sumber telah melancarkan Pertandingan Mencipta Sajak. Pertandingan ini telah disertai oleh ahli-ahli Kelab Bahasa Melayu.




Gelagat sebahagian daripada ahli-ahli Kelab Bahasa Melayu yang menyertai pertandingan ini.

Infohunt 2014 SMK Shahbandaraya


Bersempena pelancaran kempen KM1M, Pusat Sumber SMK Shahbandaraya telah melaksanakan satu lagi program peringkat sekolah, Program Jejak Info atau Infohunt 2014. Matlamat utama program ini ialah untuk menarik minat pelajar untuk turut sama menjayakan kempen KM1M yang telah dilaksanakan oleh Pusat Sumber SMK Shahbandaraya sebelum ini.





Para peserta Infohunt 2014

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) Bersama Warga SMK Shahbandaraya

Kempen KM1M telah dilancarkan pada 4 November 2014.




Pelajar-pelajar yang menyertai Kem Membaca 1 Malaysia sedang membaca buku secara berkumpulan. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 3 yang sedang mengisi masa selepas peperiksaan PT3.