LEDAKAN ILMU BERMULA DI SINI

Sabtu, 17 Oktober 2015

Ejaan Bahasa Melayu Yang Mengelirukan

INFORMASI BAHASA

Banyak calon peperiksaan masih keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan. Kekeliruan ini berlaku apabila mereka mendapat input ejaan berlainan daripada media massa dan guru. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan SPM. Berikut ialah perkataan yang biasa kita temukan:

resepi ❌
resipi ✔

menyakinkan ❌
meyakinkan ✔

istirehat ❌
istirahat ✔

kadang-kala ❌
kadangkala ✔

sambilewa ❌
sambalewa ✔

mengganggu gugat ❌
mengganggu-gugat ✔

insuran ❌
insurans ✔

ambulan ❌
ambulans ✔

juwita ❌
juita ✔

unggu ❌
ungu ✔

mengulangkaji ❌
mengulang kaji ✔

penguatkuasa ❌
penguat kuasa ✔

gambarajah ❌
gambar rajah ✔

redha ❌
reda ✔

kerinting ❌
keriting ✔

bergu ❌
beregu ✔

kontingen ❌
kontinjen ✔

mengenengahkan ❌
mengetengahkan ✔

mengenepikan ❌
mengetepikan ✔

mengkedepankan ❌
mengedepankan ✔

mengkebelakangkan ❌
mengebelakangkan ✔

sihat walafiat ❌
sihat wal afiat ✔

majerin ❌
marjerin ✔

rempah ratus ❌
rempah-ratus ✔

alat siaraya ❌
alat siar raya ✔

margasatwa ❌
mergastua ✔

workshop ❌
woksyop ✔

bertungkus-lumus ❌
bertungkus lumus ✔

limau kasturi ❌
limau kesturi ✔

walaubagaimanapun ❌
walau bagaimanapun ✔

Akhir kata, pembaca akan berasa pelik akan beberapa perkataan yang disenaraikan tetapi yang pelik itulah ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. Betulkan yang salah, biasakan yang betul.


Jumaat, 16 Oktober 2015

Objektif Pusat Sumber Sekolah


  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, potensi individu serta sahsiah diri.
  • Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
  • Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
  • Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
  • Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar.
  • Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.