LEDAKAN ILMU BERMULA DI SINI

Ahad, 24 April 2016

Rahsia Berjaya Dalam Pelajaran

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr. Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
Merangsang ke semua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa: 
  • kita ingat 10% apa yang dibaca
  • kita ingat 20% apa yang didengar
  • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  1. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  3. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  5. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  6. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  7. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  8. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  9. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  10. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  11. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  12. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  13. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  14. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  15. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  16. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  17. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  18. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  19. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  20. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  21. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  22. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  23. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  24. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  25. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  26. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  27. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  28. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  29. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  30. Pelbagaikan tempat belajar.
  31. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  32. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  33. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Selasa, 5 April 2016

Selamat Datang Ke Pusat Sumber SMK Shahbandaraya 2016

APAKAH ITU PUSAT SUMBER SEKOLAH?

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak, dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

DASAR PUSAT SUMBER SEKOLAH

Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, serta digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH

• Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis.

• Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah.

• Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

• Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat

PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

• Pusat Ilmu

• Pusat Penemuan

• Pusat Pengajaran dan Pembelajaran

• Pusat Pengajaran

• Pusat Profesional

• Pusat Hubungan Masyarakat

FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

• Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.

• Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.

• Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.

• Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.

• Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

HALATUJU PUSAT SUMBER SEKOLAH DI MALAYSIA

Program dan halatuju PSS di Malaysia adalah sejajar dengan perkembangan ICT masa kini. PSS kini bukan hanya terdiri daripada bahan cetak semata-mata (buku, surat khabar, jurnal, majalah) malah merangkumi bahan berbentuk elektonik dan digital (courseware, e-bahan, eduweb TV, e-book, audio book, e-jurnal, newspaper online).

Program dan halatuju PSS tidak boleh lari daripada dua dokumen berikut:

• The School Library Manifesto: The school library in teaching and learning for all (IFLA/UNESCO 2000)

• The IFLA/UNESCO School Library Guidelines (2002)

Kedua-dua dokumen ini menjadi asas kepada perancangan dan pembangunan PSS di Malaysia.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN YANG TERDAPAT DI PUSAT SUMBER SEKOLAH?

• Perkhidmatan Sirkulasi Bahan
Sirkulasi bahan di sesebuah PSS perlu mengambil kira saiz koleksi, jumlah pengguna dan keperluan pengguna.
Sirkulasi bahan terdiri daripada:
a. Pinjaman biasa
b. Pinjaman khas
c. Pinjaman berkelompok
Sirkulasi bahan juga boleh dibuat antara PSS / perpustakaan awam melalui pinjaman antara perpustakaan (inter-library loan) bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.

• Perkhidmatan Khidmat Nasihat / Rujukan
Khidmat nasihat / rujukan perlu diberi kepada warga sekolah berkaitan perkara berikut :
• Pemilihan bahan
• Pencarian maklumat
• Rekabentuk, pembinaan dan penggunaan bahan P&P
• Penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi

• Perkhidmatan Kesedaran Semasa
PSS perlu menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS.

Perkhidmatan ini boleh disediakan melalui sumber berikut :
a. laman web sekolah / PSS
b. keratan akhbar
c. muka surat kandungan majalah
d. bibliografi beranotasi
e. senarai bahan terkini
f. abstrak dan indeks bahan terpilih
g. pangkalan data bibliografi sumber PSS
h. pameran buku baru

• Perkhidmatan Pendidikan Pengguna
Program pendidikan pengguna perlu disediakan secara terancang dan berterusan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan program, aktiviti dan perkhidmatan PSS di samping memberi kemahiran kepada mereka berkaitan penggunaan kemudahan PSS dan pencarian maklumat.

• Perkhidmatan Papan / Sudut Maklumat
Akses kepada maklumat sekolah / PSS perlu disediakan melalui papan / sudut maklumat yang ditempatkan di lokasi yang strategik.

• Perkhidmatan Pengurusan Sumber Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan mengikut keperluan dan kemampuan sekolah. Akses kepada pangkalan data sumber maklumat pelbagai bidang ilmu sama ada dalam atau luar negara perlu disediakan melalui laman web sekolah atau PSS.

• Perkhidmatan kemudahan bilik / ruang
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perkhidmatan yang boleh disediakan oleh PSS adalah seperti berikut :
• Bilik Tayangan / Audio Visual / Multimedia
• Pusat Akses Kendiri
• Sudut Bercerita / Aktiviti
• Sudut / Bilik Perbincangan
• Bilik Rakaman

• Perkhidmatan Reprografi
Perkhidmatan ini disediakan untuk percetakan, memuat turun maklumat digital dan membuat salinan bahan.

• Perkhidmatan Akses Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk mengakses maklumat menggunakan kemudahan Internet atau Intranet.

PROGRAM UTAMA PUSAT SUMBER SEKOLAH?

Terdapat dua program utama PSS iaitu program galakan membaca dan literasi maklumat. Semua aktiviti yang dirancang perlu menjurus ke arah pelaksanaan program ini.
Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program PSS diselaraskan, Surat Pekeliling Ikhtisas berikut perlu dipatuhi dan dijadikan panduan:
a) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1983: Perpustakaan Sekolah bertarikh 27 Disember 1983
b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1988 : Kegiatan Khas Bagi Tahun Pembaca 1988 bertarikh 20 Januari 1988
c) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998
d) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2000: Tahun Pusat Sumber Sekolah (PSS) bertarikh 20 April 2000
e) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2001: Gerakan Membaca di Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri bertarikh 19 November 2001
f) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003: Dasar Penggunaan Media dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bertarikh 28 Julai 2003.
g) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005: Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah bertarikh 12 Mei 2005

1.  Program Galakan Membaca
Program galakan membaca perlu dilaksanakan kerana budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat dapat dibina melalui amalan membaca yang berterusan.
Bagi memantapkan program galakan membaca, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan pendekatan pembacaan secara terancang melalui program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca).

2.  Literasi Maklumat
Program literasi maklumat perlu dilaksanakan untuk menyedia dan melengkapkan murid dengan kemahiran tertentu yang diperlukan bagi menghadapi kehidupan sebenar.
Aspek kemahiran yang perlu diberi penekanan dalam literasi maklumat adalah seperti berikut:
• Pentafsiran maklumat
• Penghasilan produk yang berkualiti
• Pembelajaran kendiri
• Penglibatan secara aktif sebagai ahli kumpulan kerj
• Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara bertanggungjawab dan beretika

Kemahiran yang menyumbang ke arah pencapaian matlamat literasi maklumat adalah seperti berikut:
• Kemahiran belajar secara kendiri
• Kemahiran bekerjasama
• Kemahiran merancang
• Kemahiran mencari dan mengumpul
• Kemahiran memilih dan mentafsir
• Kemahiran menyusun dan merekod
• Kemahiran komunikasi
• Kemahiran menilai

Literasi maklumat perlu dilaksanakan oleh GPM dan semua guru mata pelajaran secara :
• modular
• integrasi / merentas kurikulum

MERANCANG KEWANGAN DI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pengetua / Guru Besar perlu memaklumkan jumlah PCG dan Yuran Khas Sekolah yang diterima bagi tahun semasa kepada GPM bagi membolehkannya merancang aktiviti tahunan yang dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah.
Rancangan belanjawan perlu dirancang secara teliti berdasarkan rancangan pembangunan jangka panjang dan rancangan tahunan PSS. Laporan kewangan tahunan mestilah mengambarkan penggunaan kewangan PSS dan pencapaian objektif.
Rancangan belanjawan perlu merangkumi komponen-komponen berikut:
• Jumlah kewangan tertentu untuk sumber baru (contoh: buku, majalah dan bahan bukan bercetak); sejumlah kewangan untuk bahan promosi (contoh: poster)
• Jumlah kewangan tertentu untuk alat tulis dan bahan pentadbiran
• Jumlah kewangan tertentu untuk aktiviti galak guna dan promosi
• Kos untuk kegunaan dan penyelenggaraan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi

SUMBER KEWANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sumber kewangan Pusat Sumber Sekolah terdiri daripada:
• Geran Bantuan Per kapita (PCG)
• Yuran Khas Sekolah
• Sumbangan PIBG

Geran Bantuan Per Kapita (PCG)
a. Geran Bantuan Per Kapita (PCG) PSS bagi sekolah rendah dan sekolah menengah ditetapkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Panduan dan tatacara perbelanjaan PCG hendaklah merujuk kepada :
• Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010 - Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid bertarikh 24 Disember 2010
• Surat Pemberitahuan Ralat SPK Bilangan 8 Tahun 2010 bertarikh 17 Januari 2011
ATAU
• Pekeliling Kewangan yang sedang berkuat kuasa

b. Kadar PCG meliputi perbelanjaan bagi PSS seperti berikut:
• Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
• Pembelian buku, perisian dan lain-lain yang bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran
• Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
• Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
• Program Pendidikan Khas Integrasi – Melengkapkan stesen pembelajaran bagi program pendidikan khas integrasi
• Perolehan / pembelian Harta Modal adalah dibenarkan dengan menggunakan peruntukan PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran

c. Peruntukan PCG bagi tahun semasa perlu dibelanjakan secara optimum

Yuran Khas Sekolah
Yuran Khas Sekolah ialah peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada sekolah. Sekolah rendah menerima RM 4.50 bagi setiap murid manakala sekolah menengah menerima RM 9.00 bagi setiap murid. Peruntukan ini digunakan untuk program dan aktiviti PSS, pendidikan jasmani dan pendidikan seni. Rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.3/2008: Peruntukan Yuran Khas Sekolah bertarikh 7 Januari 2008.

Sumbangan PIBG
PSS boleh memohon sumbangan daripada PIBG bagi membangun dan meningkatkan kualiti perkhidmatan PSS.

MENILAI KEBERKESANAN PUSAT SUMBer sekolah

Petunjuk prestasi ialah alat pengukuran yang digunakan untuk memantau dan menilai pencapaian prestasi.
Petunjuk prestasi yang boleh digunakan untuk memantau dan menilai pencapaian prestasi PSS adalah seperti berikut:

Petunjuk penggunaan
• Pinjaman oleh setiap warga sekolah
• Jumlah pengunjung
• Pinjaman setiap bahan (contoh: pertukaran bahan)
• Pinjaman setiap waktu operasi (contoh : semasa dan selepas waktu sekolah)
• Pertanyaan rujukan oleh warga sekolah
• Penggunaan bilik dan peralatan

Petunjuk sumber
• Nisbah koleksi buku untuk setiap murid
• Nisbah komputer bagi setiap murid

Petunjuk kualitatif
• Aduan dan maklum balas pelanggan
• Keceriaan
• Ciri-ciri Keselamatan

Petunjuk kos
• Kos bagi melaksanakan program dan aktiviti PSS
• Kos bagi perolehan bahan daripada jumlah PCG
• Kos bagi promosi PSS
• Kos untuk pembelian hadiah galakan membaca
• Kos untuk pembangunan PSS
• Kos untuk keceriaan PSS

Majlis Apresiasi Pengawas Pusat Sumber SMK Shahbandaraya

Majlis Apresiasi Pengawas Pusat Sumber SMK Shahbandaraya diadakan bertujuan untuk meraikan Pengawas Pusat Sumber sekolah yang telah bertungkus lumus berkhidmat dan membangunkan Pusat Sumber SMK Shahbandaraya sepanjang tahun 2015. Majlis diadakan di Goldcoast Hotel, Klang dengan tema berwarna hitam, putih dan ungu. Majlis disertai oleh 60 orang Pengawas PSS dan 10 orang guru.