LEDAKAN ILMU BERMULA DI SINI

Selasa, 16 Ogos 2016

Sambutan Hari Guru SMK Shahbandaraya 2016 (PSS SMKS 2016)



Sekolah merupakan satu institusi yang nirmala untuk memupuk dan menghasilkan elit-elit yang bakal menerajui negara Malaysia. Dengan itu, guru telah diibaratkan jurutera bagi pemimpin masa hadapan negara kita. Hal ini jelas menyatakan bahawa jasa guru amat besar sebagaimana jasa ibu bapa terhadap anak. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan 16 Mei sebagai Hari Guru dan mengadakan sambutan Hari Guru di setiap sekolah di negara kita. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru pada 27 Mei yang lalu dengan bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa" bagi menghargai jasa semua guru di SMK Shahbandaraya yang tidak pernah kenal erti jemu mendidik putera puteri Shahbandaraya.



Pihak Pusat Sumber sekolah juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi sambutan dengan membuka photobooth untuk para pelajar mengambil gambar bersama guru-guru kesayangan mereka.







Pengetua SMK Shahbandaraya, Datin Hajah Zanariah dan guru Pusat Sumber, Puan Noor Ain bergambar di photobooth.

Pengetua SMK Shahbandaraya







Para Pengawas Pusat Sumber SMK Shahbandaraya 2016



















Para pelajar mengambil gambar bersama guru.





Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Di Maeps, Serdang



Aktiviti galakan membaca telah giat dilaksanakan di peringkat sekolah seiring dengan program NILAM iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca yang dianjurkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan dengan itu, sebagai langkah mengenal dan menghargai buku sebagai wahana galakan membaca, maka pihak sekolah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa pada 9 Mei 2016 yang lalu bagi memberi pendedahan yang lebih luas kepada para pelajar dalam dunia penulisan dan penerbitan di peringkat dalam dan luar Negara.

Pertandingan Big Book Competition (KM1M) 2016


Pertandingan Big Book Competition ialah salah satu program yang dianjurkan oleh Pusat Sumber SMK Shahbandaraya sempena Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) 2016. Pelajar secara berkumpulan dikehendaki menyediakan buku bersama-sama menggunakan bahan maklumat yang diperoleh. Peserta mendapatkan bahan maklumat dan akses laman web di Pusat Sumber Sekolah.

Tayangan Amal PSS Sempena Karnival Pendidikan SMK Shahbandaraya 2016

Sempena Karnival Pendidikan Shahbandaraya yang akan diadakan pada 27 April ini, pihak Pusat Sumber sekolah mengadakan satu lagi aktiviti iaitu program Tayangan Amal.

Program ini dilaksanakan pada 25 April 2016 sehingga 4 Mei 2016.

Pelajar menonton wayang gambar di bilik Persada Media Pusat Sumber sekolah

Pelajar membeli tiket dan menonton wayang mengikut jadual tayangan yang ditetapkan.

Isnin, 15 Ogos 2016

Karnival Pendidikan SMK Shahbandaraya 2016

SMK Shahbandaraya merupakan salah satu sekolah pilihan ibu bapa di sekitar kawasan ini. Program Karnival Pendidikan SMK Shahbandaraya ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan komuniti luar untuk lebih mengenali SMK Shahbandaraya dengan lebih dekat. Mereka berpeluang melihat aktiviti dan hasil kerja pelajar-pelajar SMK Shahbandaraya di samping memperkukuh jaringan komuniti yang sedia ada.


Pasukan Shahbandar Choral Group membuat persembahan sempena Karnival pendidikan Shahbandaraya 2016