LEDAKAN ILMU BERMULA DI SINI

Selasa, 19 Julai 2016

Bengkel Automasi & Proses Buku Pusat Sumber SMK Shahbandaraya 2016

     Bengkel Automasi dan Proses Buku Pusat Sumber ialah aktiviti yang diadakan setiap tahun untuk pengawas pusat sumber sekolah setelah menerima pelantikan. Biasanya bengkel ini diadakan selama sehari bermula jam 7:45 pagi sehingga 4:30 petang.

     Matlamat bengkel ini diadakan adalah untuk melatih dan mendedahkan pengawas pusat sumber sekolah yang baru tentang pengurusan asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses teknik buku, baik pulih buku, peranan dan tanggungjawab, mengetahui bidang tugas masing-masing iaitu bahagian kaunter sirkulasi, bahagian rak buku, bahagian pinjaman dan pemulangan buku dan sebagainya.

     Melalui aktiviti seperti ini diharapkan pengawas pusat sumber sekolah yang baru dan yang lama akan lebih memahami dan mahir dalam pengurusan pusat sumber sekolah. Ini adalah kerana tanggungjawab menjaga harta awam seperti buku-buku, majalah, dan semua bahan bercetak mahupun bahan bukan bercetak perlu dijaga walaupun semasa ketiadaan guru. Pengawas pusat sumber hendaklah sentiasa bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan.