LEDAKAN ILMU BERMULA DI SINI

Selasa, 16 Ogos 2016

Sambutan Hari Guru SMK Shahbandaraya 2016 (PSS SMKS 2016)



Sekolah merupakan satu institusi yang nirmala untuk memupuk dan menghasilkan elit-elit yang bakal menerajui negara Malaysia. Dengan itu, guru telah diibaratkan jurutera bagi pemimpin masa hadapan negara kita. Hal ini jelas menyatakan bahawa jasa guru amat besar sebagaimana jasa ibu bapa terhadap anak. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan 16 Mei sebagai Hari Guru dan mengadakan sambutan Hari Guru di setiap sekolah di negara kita. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru pada 27 Mei yang lalu dengan bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa" bagi menghargai jasa semua guru di SMK Shahbandaraya yang tidak pernah kenal erti jemu mendidik putera puteri Shahbandaraya.



Pihak Pusat Sumber sekolah juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi sambutan dengan membuka photobooth untuk para pelajar mengambil gambar bersama guru-guru kesayangan mereka.







Pengetua SMK Shahbandaraya, Datin Hajah Zanariah dan guru Pusat Sumber, Puan Noor Ain bergambar di photobooth.

Pengetua SMK Shahbandaraya







Para Pengawas Pusat Sumber SMK Shahbandaraya 2016



















Para pelajar mengambil gambar bersama guru.





Selain itu, para pelajar juga membuat beberapa persembahan untuk menghiburkan guru-guru dan para pelajar. Jom layan persembahan mereka!

Persembahan tarian bollywood daripada pelajar tingkatan 6 Atas

Persembahan Tarian Zapin Johor


Persembahan koir daripada kumpulan Shahbandar Choral Group dengan lagu medley, Guru Pelita Hidupku dan Wajah Rahsia Hati


SELAMAT HARI GURU DARI WARGA SHAHBANDARAYA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri komen dan pendapat yang elok dan sebarang soalan bolehlah diberi dibawah