Jumaat, 27 Mei 2016
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) SMK Shahbandaraya 2016
Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disarankan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) disambut baik oleh warga SMK Shahbandaraya. Ini bertujuan untuk mengembangkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah. Oleh yang demikian, satu perhimpunan khas diadakan bagi melancarkan program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) yang menjadi agenda galakan membaca di sekolah.
Majlis Pelancaran Bulan Teknik Dan Vokasional, VLE FROG & Program I-Think
Bidang teknik memainkan peranan yang penting dalam dunia pendidikan dan pekerjaan. Dekad ini menyaksikan bidang teknik dan vokasional semakin popular dan berkembang pesat berikutan perubahan struktur ekonami Negara dan dunia. Oleh itu sudah sewajarnya pelajar didedahkan dengan kemahiran yang wujud dalam bidang ini. Aktiviti ini akan dijalankan bermula 9 februari hingga 13 februari 2015.
Minggu teknik dan vokasional ini akan bagi memberi peluang kepada para pelajar mencungkil bakat dengan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan sepanjang minggu. Ia juga bagi merealisasikan pengetahuan yang dipelajari dalam kelas ke alam nyata. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pelajar dan guru.
Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Shahbandaraya 2016
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua!
Gotong-royong & Program Buku Skrap Pusat Sumber SMK Shahbandaraya 2016 (Bengkel Kepustakawanan)
Pada 5 Mac yang lalu, Pusat Sumber sekolah telah menjalankan program Bengkel Kepustakawanan untuk semua Pengawas Pusat Sumber sesi pagi dan petang.
Pengawas PSS diberi pengenalan tentang buku dan cara-cara memproses buku. |
Pengawas PSS juga diberi kerja kumpulan untuk membuat keratan akhbar dan biliografi indeks. |
Bahan yang dikumpul dimasukkan ke dalam folder koleksi keratan akhbar. |
Jumaat, 20 Mei 2016
Pameran Jualan Buku Dan Wakaf Buku Sempena Mesyuarat Agung PIBG
Membaca di kalangan murid sudah sedia ada dari zaman kecil mereka. Namun, budaya membaca di kalangan murid masih di tahap minima. Mereka perlu sentiasa diingatkan dan didorong untuk membaca. Oleh yang demikian, Pusat Sumber sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Membaca dan Projek Wakaf Buku bagi memupuk minat dan semangat murid untuk membaca. Di samping itu juga dengan majlis pelancaran ini dapat menambah koleksi buku untuk Pusat Sumber.
Objektif aktiviti ini adalah untuk mempertingkatkan minat dan menggalakan murid membaca buku serta dapat meningkatkan jumlah koleksi buku di Pusat Sumber.
Pelancaran Bulan Bahasa & Program NILAM 2016
Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental seseorang ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan.
Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM.
Pada 1 Februari 2016, pihak sekolah telah melancarkan Program Bulan Bahasa & Nilam 2016. Majlis dirasmikan oleh Pengetua SMK Shahbandaraya, Yang Berbahagia Datin Hajah Zanariah Binti Haji Ibrahim. |
Di antara aktiviti lain yang akan dijalankan sepanjang tahun 2016 adalah pameran buku, bicara buku, pertandingan teka silang kata, infohunt, pantun, dan program bulanan bidang-bidang utama di sekolah seperti Bulan Bahasa, Bulan Sains dan Matematik, Bulan Sains Kemanusiaan dan Bulan Teknik dan Vokasional yang akan diadakan berterusan sehingga hujung tahun persekolahan.
Objektif aktiviti ini dijalankan adalah untuk membina tabiat membaca khususnya kepada pelajar SMK Shahbandaraya secara berterusan. Pelajar juga dapat menilai bahan yang dibaca dan memindahkan maklumat yang berkaitan dalam rekod bacaan yang khusus.
Objektif aktiviti ini dijalankan adalah untuk membina tabiat membaca khususnya kepada pelajar SMK Shahbandaraya secara berterusan. Pelajar juga dapat menilai bahan yang dibaca dan memindahkan maklumat yang berkaitan dalam rekod bacaan yang khusus.
Langgan:
Catatan (Atom)