LEDAKAN ILMU BERMULA DI SINI

Jumaat, 20 Mei 2016

Pelancaran Bulan Bahasa & Program NILAM 2016

Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental seseorang ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan.


Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM.

Pada 1 Februari 2016, pihak sekolah telah melancarkan Program Bulan Bahasa & Nilam 2016. Majlis dirasmikan oleh Pengetua SMK Shahbandaraya, Yang Berbahagia Datin Hajah Zanariah Binti Haji Ibrahim.




Di antara aktiviti lain yang akan dijalankan sepanjang tahun 2016 adalah pameran buku, bicara buku, pertandingan teka silang kata, infohunt, pantun, dan program bulanan bidang-bidang utama di sekolah seperti Bulan Bahasa, Bulan Sains dan Matematik, Bulan Sains Kemanusiaan dan Bulan Teknik dan Vokasional yang akan diadakan berterusan sehingga hujung tahun persekolahan.

Objektif aktiviti ini dijalankan adalah untuk membina tabiat membaca khususnya kepada pelajar SMK Shahbandaraya secara berterusan. Pelajar juga dapat menilai bahan yang dibaca dan memindahkan maklumat yang berkaitan dalam rekod bacaan yang khusus.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila beri komen dan pendapat yang elok dan sebarang soalan bolehlah diberi dibawah