LEDAKAN ILMU BERMULA DI SINI

Memaparkan catatan dengan label Pusat Sumber Berinformasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pusat Sumber Berinformasi. Papar semua catatan

Isnin, 28 September 2015

Bilik Bahan Bantu Belajar (BBB) SMK Shahbandaraya 2015

Bahan Bantu Belajar adalah di bawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Kementerian Pendidikan Malaysia telah menekankan penggunaan BBB berasaskan pelbagai teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, BBB yang serba lengkap dan selesa akan menarik minat guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan menarik minat pelajar dalam pembelajaran.





Sabtu, 19 September 2015

Lawatan Guru-Guru Dari Kota Tinggi Johor

Pada 18 September 2015, seramai 40 orang guru dari Kota Tinggi Johor telah melawat Pusat Sumber SMK Shahbandaraya, Klang.

Lawatan di dalam Pusat Sumber SMK Shahbandaraya


Beberapa orang guru sedang melawat PERSADA INFORMASI Pusat Sumber SMK Shahbandaraya
Pengetua SMK Shahbandaraya, Datin Hajah Zanariah Binti Haji Ibrahim bersama guru-guru yang terlibat

Jumaat, 24 April 2015

Persada Media SMK Shahbandaraya


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:


  •  Bilik tayang dengan 15 meja banquet dan 45 kerusi banquet untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.
  • Bahan dan alatan mengajar multimedia seperti OHP, LCD-projektor wayang, skrin dan papan putih (whiteboard).
  • Rak bahan CD Rom dan CD pembelajaran yang boleh dipinjam dan digunakan.

TEMPAHAN

  • Bilik Tayang PERSADA MEDIA : Ditempah oleh Guru sahaja untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 1 hari sebelum dan seawalnya 1 minggu lebih awal.
  • Tidak menempah semua waktu pengajaran secara berterusan selama lebih 1 bulan.
  • Tidak melebihi 5 miggu pengajaran bagi seorang guru dalam tempoh 1 minggu
  • Tidak meggunakan pelajar untuk membuat tempahan.

PERATURAN ASAS

  • Sila tulis nama dan tandatangan dalam buku rekod masuk pelajar/guru atau dalam buku rekod penggunaan.
  • Memaklumkan kepada GPM atau Guru Persada Media untuk penggunaan bahan seperti OHP, LCD dan sebagainya.
  • Menggunakan bahan multimedia untuk pengajaran dan pembelajaran semasa menggunakan bilik ini.
  • Memastikan kerusi meja disusun semula oleh pelajar.
  • Memastikan suis lampu, kipas, pendingin hawa dan peralatan media telah ditutup sebelum keluar.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Persada Media SMK Shahbandaraya.

SALAM BERINFORMASI!